Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Berita gembira

Ahamdulillah, 2.2.2019 aku selamat ijab qabul berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang. 5.2.2019 ngantar sebelah lelaki. 21 Mac 2019 ( khamis) 2 hari sebelum nie, aku ke klinik kesihatan Pasir Mas dan alhamdulillah aku disahkan positif hamil anak sulong. Tak terbayang nak dapat anak awal sebelum ni. sebab aku kahwin pon aku masih terasa dalam mimpi. Betul ke tak ak dah kahwin. Niat aku lepas kawin aku nak ada kerja dulu. Pstu nak cinta cintun dulu ngn suami yang sebelum ni aku langsung tak kenal. Tak sangka dah ada isi dalam perut. Belum kenal suami aku macam mana, aku masih segan silu dengan suamiku, tapi terus lekat. Terkejut, terkesima, gembira. Semua ada. Walau apa pun aku sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 5minggu 4 hari usia kandungan aku. Sangat baru. Aku masih kekok untuk menyesuaikan diri dalam rumah mertua. Tiba2 allah uji aku dengan kehadiran bayi dalam perut. Agak serba salah aku dibuatnya. Hari2 aku menangis rindukan rumah ma, sekarang buk...