Skip to main content

Berita gembira

Ahamdulillah, 2.2.2019 aku selamat ijab qabul berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang. 5.2.2019 ngantar sebelah lelaki.

21 Mac 2019 ( khamis)
2 hari sebelum nie, aku ke klinik kesihatan Pasir Mas dan alhamdulillah aku disahkan positif hamil anak sulong. Tak terbayang nak dapat anak awal sebelum ni. sebab aku kahwin pon aku masih terasa dalam mimpi. Betul ke tak ak dah kahwin. Niat aku lepas kawin aku nak ada kerja dulu. Pstu nak cinta cintun dulu ngn suami yang sebelum ni aku langsung tak kenal. Tak sangka dah ada isi dalam perut. Belum kenal suami aku macam mana, aku masih segan silu dengan suamiku, tapi terus lekat. Terkejut, terkesima, gembira. Semua ada. Walau apa pun aku sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 5minggu 4 hari usia kandungan aku. Sangat baru. Aku masih kekok untuk menyesuaikan diri dalam rumah mertua. Tiba2 allah uji aku dengan kehadiran bayi dalam perut. Agak serba salah aku dibuatnya. Hari2 aku menangis rindukan rumah ma, sekarang bukan aku sorang menangis, ngn baby2 dalam perut pon turut merasai kesedihan aku. Maafkan mama sayang. Emosi mama tak keruan. Mama kehilangan abah kesayangan mama. 24.3 nie genap 3 bulan abah meninggal dunia. Kemudian aku rasa aku masih stress dengan suasana tempat baru di rumah mertua. Bukan mudah untuk aku menerima tinggal di tempat ramai macam nie. Bila aku disahkan hamil, aku lagi stress sebab aku terpaksa tahan lapar. Sebab malu nak ke dapor rumah mertua. Aku diam2 saja. Ya allah, kau peliharalah kandungan aku walaupun aku tak makan makanan berzat, kau sihatkanlah tubuh badan bayi ku dalam perut yaAllah.  Kau kuatkanlah dia ya Allah sebagaimana aku tengah belajar untuk kuat. Ye aku tahu dan sedar, tak semua doa yang kita minta Allah maKbulkan. Aku langsung tak suka tinggal dengan mertua. Tapi allah takdirkan aku tinggal bersama mertua. Walau macam mana baik mertua. Tetap juga makan hati. Ya Allah ..

27.3.2019 rabu
Blog ni aku cadang nak luahkan segala luahan yg aku pendam sorang2. Memandangkan suami aku tidak membela aku dalam segala hal. Selalu memandang remeh terhadap semua perkara, aku terpaksa pendam dan sakit sendiri.

4hari aku tinggal kat rumah ma, alhamdulillah cukup makan. Puas hati dapat makan apa yang aku idamkan. Tapi aku sebak kerana terpaksa berjauhan dengan suami, terpaksa rindu dalam jauh kat suami aku. Aku kena redha sebab dia banyak tanggungjawab. Kat ibu, adik2, kerja. Dan last aku. Aku redha dan terpaksa redha tapi ak tak redha berada di rumah mertua. Suami aku masih tak mampu sediakan rumah untuk aku. Langsung aku tak redha dalam keadaan macam nie. Dalam keadaan aku tak boleh terima kenyataan, macam mana aku nak layan suami aku dengan baik????
Ya Allah, aku perit mengandung tapi tiada suami disisi. Sakit perit aku tanggung sendiri. Aku macam down utk terus mengandung seorang diri tanpa sokongan suami kat sisi. Nak balik umah umi, tp aku tak selesa. Ya allah, keluarkanlah aku dari kemelut ini. Aamiinnnnn...

15.4.2019

Gembiranya hati seorang mama bila tengok baby dalam perut mama. Tapi mama debo sebab mama ada keluar darah koko kat spender. Allah. Kau selamatkanlah bayiku dalam kandungan. Mama xsabar nak tengok kamu membesar baby Fahim.. Huuu

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...