Skip to main content

Posts

25 feb 2024

Dah laama ku x mnjenguk blog ni, cuma ingin menanda tarikh keramat tahun ni.. Aku bergaduh besar dengan suamiku, sebab? Dia nk ke kL. Tiap kali dia ni ke kL hati ak berombak2 kerisauan. Aku risau perjalanan jauh suamiku, ak suri rumah yang kekurangan duit. Aku risau kalau apa2 terjadi, tp ak perlu yakin rzeki allah tentukan.. Ak sedih bila ak cakap elok2 suami ak mcm seolah buat benda tak ada berlaku apa2 sehingga aku hilang sabar, ak buang baju suami di tangga dan ak lempar sampah ke tangga juga, ak ingat bila ak biat mcm tu dapat lah pelukan pujukan dari suami, sebab suami ak mmg tak faham ak kalau aku buat rileks, rupanya makin teruk, ak dimarahi pula, ak sebenarnya nakkan perhatian je, bukan la apa2, salah ke kalau dia peluk je ak dari belakang..aku rindu dia yang dulu, tapi dlu dan sekarang memang berbeza, ak sekarang macam dah takut dh dengan dia, ak takut nk bermanja dengan dia, ak takut nak minta perhatian dari dia, takut ya allah. Seolah aku dah hilang kasih sayang seorang sua...
Recent posts

Aku tidak lagi mahu meminta

Sehari dua ni aku kuat nk berjalan2 bersiar2.mungkin sebab dh burn out menjaga anak2 kecil yg banyak ragam. biasa aku mengadu pada k bb kepenatan yg kurasakan. tapi kini ku tanggung sendiri kepenatan ni. Aku cuba mengadu pada suami ku tp tidak diendahkan.. hari seterusnya aku berkeinginan utk batin ku.kunyatakan pada suamiku tp kelihatannya suamiku penat ketiduran, hari keseterusnya begitu juga, seolah aku tidak lagi cantiik dan tidak bernafsu di matanya, aku cuba untuk ungkapkan rasa tidak puas hati tapi aku sedar kesilapan aku. aku tidak pandai meluahkan dgn cara yg betul, ak lantas memarahi suamiku. aku cuma inginkan perhatian kasih sayang pelukan ciuman dari suami spt mana dia lakukan pada awal nikah dulu.. aku ingatkan bila aku merajuk dan tunjuk perasaan, suami akan memujukku.. tapi suami malah memarahi aku, walaupun cuma membuang selimut dr tubuhku, ia cukup menyakitkan aku dan membuat aku takut untuk meminta lagi🄲 salahkah aku meminta hak aku? spt aku terhegeh2 pula . Allah..k...

dahaga secubit perhatian

aku rindu sentuhan dari suami aku rindu pelukan suami ketika tidur aku rindu .. tapi anak2ku lg memerlukan aku sekarang. menyusu.. aku terasa makin jauh dgn suamiku. selain sentuhan utk berhubungan, aku tak pernah merasakan sentuhan tangan suami selain bersalaman. sebab itu aku suka bila diurut walaupun hanya 5 minit! urut sekejap tu xmhilangkan sakit urat bersalinku. tapi urutan tu buat aku merasa dekat dgn suamiku. dgn urutan tu aku merasakan hangatnya sentuhan dari seorang suami. tapi... aku sedih bila aku cakap sakit belakang , suami seakan tidak pedulikanku. malah menyuruh aku mengurut dgn mesin yg dibelinya.Pandangan matanya spt mengungkap betapa aku selalu menyusahkan dia untuk mengurutku selalu.dan memang sudah lama suami tidak mengurutku. apakah sentuhan hangat tu dah ditukar dgn mesin urut. adakah kasih sayang perhatiannya sudah ditukar dgn wang ringgit. dan juga aku berfikir sakitkah tangan dia bila selalu aku minta untuk diurut?? dibandingkan dengan sakitnya aku mengandung ...

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...

Luahan hati aku

Hari ni malam raya. Aku sangat terasa hati dengan suami sebab dia banyak tolong family dia tapi bila aku minta tolong dia buat tak tahu ja. Aku kan bawah tanggungan dia juga. Tanggungjawab dia juga. Salahkah aku nak minta tolong dari suami sendiri. Ya Allah sedihh!!! Aku byk minta tolong dia urus rumahtangga tapi dia tunggu aku merajuk dulu baru dia nak tolong aku. Bukan seikhlas hati dia. Tapi bila dgn family dia laju pula dia tolong. Hari ni aku merajuk tapi seolah tidak dipedulikan lagi. Malahh dikatakan pero syaitan pulak. Aku kalau suami gaduh dengan aku maknanya aku dah takda sape2 lagi selain Hana. Ya Allah aku dah rasa betul2 nak berpisah dengan suami aku ya Allahh...

Doa utk aku

Berikan fadhlin sakina yusof dan suaminya kesihatan yg baik, kehidupan yg dirahmati Allah. Mati hari jumaat dihapus sgala dosa lampau. dan dimudahkan Mati..  kurniakanlah kesihatan yg baik utk ibu, adik beradik, anak fadhlin sakina yg bnama Nur hana Bashira bt Muhammad Baihaqi. Jauhkanlah dia dr sakit bahaya pyakit bjangkit jgkitan kuman dan sbrg pyakit.. smoga nur hana bashira mbesar dgn sihat walafiat. panjangkanlah umur anak FSY tnpa sbrg penyakit bbahaya dan penyakit demam dan lain2. Ya Allah kau kurniakanlah fadhlin sakina rezeki kerja yg bagus. murahkanlah rezeki fsy sekeluarga. jauhkan dr khidupan papa kedana. permudahkanlah urusan fadhlin sakina dan suami dlm hal bisnes supaya bisnes laku dan sentiasa maju dan berjaya. kau murahkanlah rezeki suami FSY dan FSY utk menampung kehidupan dgn lebih selesa. kau jauhkanlah hati fadhlin sakina yusof dr segala keresahan hati, kesedihan hati, kerisauan dan kesusahan jiwa. Ya Allah kau bukakan pintu hati mertua fadhlin sakina yusof ...