Skip to main content

Aku tidak lagi mahu meminta

Sehari dua ni aku kuat nk berjalan2 bersiar2.mungkin sebab dh burn out menjaga anak2 kecil yg banyak ragam. biasa aku mengadu pada k bb kepenatan yg kurasakan. tapi kini ku tanggung sendiri kepenatan ni. Aku cuba mengadu pada suami ku tp tidak diendahkan.. hari seterusnya aku berkeinginan utk batin ku.kunyatakan pada suamiku tp kelihatannya suamiku penat ketiduran, hari keseterusnya begitu juga, seolah aku tidak lagi cantiik dan tidak bernafsu di matanya, aku cuba untuk ungkapkan rasa tidak puas hati tapi aku sedar kesilapan aku. aku tidak pandai meluahkan dgn cara yg betul, ak lantas memarahi suamiku. aku cuma inginkan perhatian kasih sayang pelukan ciuman dari suami spt mana dia lakukan pada awal nikah dulu.. aku ingatkan bila aku merajuk dan tunjuk perasaan, suami akan memujukku.. tapi suami malah memarahi aku, walaupun cuma membuang selimut dr tubuhku, ia cukup menyakitkan aku dan membuat aku takut untuk meminta lagi🥲
salahkah aku meminta hak aku? spt aku terhegeh2 pula . Allah..kuatkan aku .. aku tidak lagi mahu meminta apa pun darinya,
aku taknak minta dia solat berjemaah denganku, xnak meminta batinku darinya lg . xnak ajaknya berjalan2 lg. aku takut. kalau dia dah berani buat aku macam tu, xmustahil nanti suamiku buat lg teruk dari ni.. aku takut nk berhadapan dengannya lagi.. aku fikir nak berpisah aje, sebab aku memang takut lelaki yg mcm panas baran walaupun dia bukan baran, tapi sudah tidak boleh sabar dengan sikapku🥲🥲🙃

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...

Berita gembira

Ahamdulillah, 2.2.2019 aku selamat ijab qabul berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang. 5.2.2019 ngantar sebelah lelaki. 21 Mac 2019 ( khamis) 2 hari sebelum nie, aku ke klinik kesihatan Pasir Mas dan alhamdulillah aku disahkan positif hamil anak sulong. Tak terbayang nak dapat anak awal sebelum ni. sebab aku kahwin pon aku masih terasa dalam mimpi. Betul ke tak ak dah kahwin. Niat aku lepas kawin aku nak ada kerja dulu. Pstu nak cinta cintun dulu ngn suami yang sebelum ni aku langsung tak kenal. Tak sangka dah ada isi dalam perut. Belum kenal suami aku macam mana, aku masih segan silu dengan suamiku, tapi terus lekat. Terkejut, terkesima, gembira. Semua ada. Walau apa pun aku sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 5minggu 4 hari usia kandungan aku. Sangat baru. Aku masih kekok untuk menyesuaikan diri dalam rumah mertua. Tiba2 allah uji aku dengan kehadiran bayi dalam perut. Agak serba salah aku dibuatnya. Hari2 aku menangis rindukan rumah ma, sekarang buk...