Skip to main content

pengalaman mengandung anak ke dua


Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua.

duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sambil nak muntah. pagi muntah kuning malam muntah isi. lembek . tapi kena kuat demi anak kecil , Hana

28 Jun

ikutkan kalendar dah 10 minggu 2 hari. hari ni hari isnin. rabu lepas merumput, malam tu nak kencing tengok ade keluar spoting darah koko. takut plak rasanya.esokkan ada lg. kamis g kk cadang nak buka buku pink untuk persediaan . tapi masih awal. tunggu 6/7 plak. berdebar plak nak tengok baby macam mana keadaannya. harap semua ok dan sihat. sebab loya aku makin menjadi2 sampai kan bau anak pun rasa nak marah. bau suami buatkan air liurku makin banyak. dan banyak lagi lah.

6 Julai
hari yg ditunggu2 sampai. buat buku pink. tapi..... dapat berita yg tidak baik, doktor cakap baby 11mnggu 4 hari xnampak dalam rahim. tak de nampak jantung lagi. sepatut dah ade.  Allah. rasa mcm jantung ni berhenti bergerak. Ya Allah dugaan apa yg kau sedang bagi ni. Aku tak sangka kandungan aku bermasalah. doktor suh g refer jumpa doktor pakar kt kb kamis nie. aku berharap sgt tiada berita yg menakutkan. Harap bukan molar pregnancy lah! spt yg dikata oleh doktor td.

aku ingat mengandung ni satu journey yg mengembirakan. tapi ia mnjadi satu igauan bagi aku setiap kali hamil.

24/10-30/10
kandungn aku masuk 25 week@6bulan.. aku diduga positif covid, anak, suami semua demam,

1-8/11/21
emosi aku berkecamuk bila aku diuji terpisah lama dgn anakku.terpaksa dikuarantin selama 8 hari di sana. tambah lagi mertua xbagi aku sentuh anakku ketika diorang dtg jenguk aku kat sana, aku memang bergolak emosi sampai rasa benci. tiap hari berendam air mata, aku dilema, aku sayang anakku hana, sayang anak dalam perut juga. disebabkan emosi aku turun naik termasuk nadi terlampau laju, tekanan darah tinggi ak jadi tinggi tiap kali aku teringat tiap kata mesej hinaan dari ipar aku sendiri. tergamak dia wassup aku macam tu ketika mana emosi aku tidak stabil. bodoh . tau la dia esok2 kalau mengandung macam mana. entah dia kawin ke tidak aku pon xpasti.

22/12/21

hari ni dah masuk 32 week, aku memang trauma sgt2, masa masuk 31 week tu perut aku memulas teruk seakan bakal lahir awal jgk. aku sedaya upaya untuk tidak stress, tapi ingatan aku pada byk perkara buatkan aku selalu memulas perut. teringat kata hinaaan ipar aku, ak tak rasa aku dapat jumpa ipar aku tu dalam masa terdekat ni.. menyampah! aku juga takut bimbang dgn nurse yang selalu push aku suruh aku vaksin. serabut mengandung kali ni. ya rabb peliharalah aku dan anak dalam kandunganku dr makhluk2 jahat yg nak merosakkan aku dan merosakkan rumahtangga aku.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah perkenalan dengan laki tak guna

Blog baru 'i' Sebagai diari moden untuk diriku. Banyak kali buat blog tapi harapnya blog ni boleh kekal sampai anak cucu aku. Nak citer satu kisah . Iaitu kisah perkenalan dengan lelaki untuk dijadikan suami. Tahun 2017 paling ramai lelaki yang aku kenal tapi hanya tiga orang je sangkut tersuka. Tapi yang tersangkut tu la yang akhirnya tinggalkan aku. Yang datang memang suka aku tapi aku reject mentah mentah. Sakitnya tuh di sini.  Makna kat sini aku dah salah memilih orang yang aku suka. Pepatah orang tua yang mengatakan "terima orang yang suka kita bukan kita yang suka orang" langsung aku tak peduli. Yang penting aku suka. Tiga orang jejaka yang datang dalam hidup aku ni ada la sign yang suka aku sebab suka melayan. Akhir tahun 2016, jumpa sorang jejaka ni. Awal2 dah tahu dia seorang doktor. Jumpa kat satu tempat. Rahsia. Dia bersungguh la nak berkawan dengan kita, aku ni terima la untuk berkawan dengan dia sebab fikir sebelum ni dah 2 orang doktor datang nak k...

Tiada persefahaman

cuma inginkan masa terluang bersama tapi aku seperti tidak memahami pekerjaan suamiku atau suamiku tidak faham kehendakku. aku cuma perlu masa  daripada wang ringgit. aku tak pernah minta duit lebih dengan suami aku melainkan minta dia pulang awal ke rumah. apa yang aku ingin beli aku pakai duit sendiri atau sekadar guna duit yg laki bagi seadanya sahaja. tak pernah merungut pasal duit. tapi suami tetap tak faham apa yang aku inginkan. aku perlu seseorang yg dekat dengan aku. kalau laki balik lewat seolah2 tiada waktu untuk aku bermanja. ya aku sedar. aku dilahirkan hanya untuk menyayangi dan beri perhatian pada orang.. bukan disayangi orang. Hana lahir dalam dunia ni terlalu awal untuk aku beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anakku. aku perlu lupa untuk menagih kasih dari insan yg bernama suami. Aku perlu curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada Hana. Hana perlukan aku. pada blog ni lah tempat luahan aku. sepanjang aku kahwin dgn suami. aku bahagia cuma 1. aku ingi...