Okey nak citer yang sambungan kisah entry tadi, 26 April 2018, rezeki aku boleh ke mekah dengan mak abah adik. Kisah tu aku pernah share dekat blog "pelangi bahagia" Seminggu lepas final exam. Ringan otak aku. Dah tak fikir pelajaran dah. Kat mekah dan madinah memang aku fokus beribadah. Ikhlaskan jiwa. Kat situlah aku bukak balik derita aku yang aku simpan untuk diluah kepada ALLAH. Aku nangis gila2 kat sana, hingus tak tau berapa baldi dapat. Nasib bawak tuala kecik. Aku mengadu sesungguh hati depan kaabah, depan multazam depan hijr , moga Allah bagi kebahagiaan kepada aku setelah aku bersedih dengan ujian LELAKI. banyak yang aku doa. Tapi satu doa yang sangat kusyuk adalah moga Allah bagi peganti yang terbaik kepada aku sebaik sahaja aku melangkah pulang ke tanah air malaysia. Aku yakin dengan janji Allah. Keyakinan. Tu yang aku tanam mulai detik itu. Pulangnya aku ke tanah air pada 7 Mei 2018. 14 Mei- aku naik chicken pox ngeri! Paling ngeri sebab parut dia sampai ...