Skip to main content

Pelangi datang


Okey nak citer yang sambungan kisah entry tadi,

26 April 2018,

rezeki aku boleh ke mekah dengan mak abah adik. Kisah tu aku pernah share dekat blog "pelangi bahagia"

Seminggu lepas final exam. Ringan otak aku. Dah tak fikir pelajaran dah. Kat mekah dan madinah memang aku fokus beribadah. Ikhlaskan jiwa. Kat situlah aku bukak balik derita aku yang aku simpan untuk diluah kepada ALLAH. Aku nangis gila2 kat sana, hingus tak tau berapa baldi dapat. Nasib bawak tuala kecik. Aku mengadu sesungguh hati depan kaabah, depan multazam depan hijr , moga Allah bagi kebahagiaan kepada aku setelah aku bersedih dengan ujian LELAKI. banyak yang aku doa. Tapi satu doa yang sangat kusyuk adalah moga Allah bagi peganti yang terbaik kepada aku sebaik sahaja aku melangkah pulang ke tanah air malaysia. Aku yakin dengan janji Allah. Keyakinan. Tu yang aku tanam mulai detik itu.

Pulangnya aku ke tanah air pada 7 Mei 2018.

14 Mei-

aku naik chicken pox ngeri! Paling ngeri sebab parut dia sampai sekarang tak pudar😢

Dalam aku menangis sendirian melawan sakit gatal pox ni. Ada sorang JEJAKA entah dari mana add facebook. Aku tak layan lagi. Malam tu macam biasa la doa doa mintak jodoh. Pastu terasa gatal tangan nak accept friend sebab terlintas mungkin jodoh aku dengan cara ni.

Sebelum ni pernah cakap ngan ma, macam mana nak dapat calon suami yang lain kalau dah abes study, jarang jumpa laki dah, sebab yang ada pun kawan kawan yang tak berapa nak bersungguh cakap nak jumpa orangtua tapi cakap je lebih. Kakinya tak datang pun. Kawan2 yang nak ejas pakai gambar n ketemu2 ni pun aku dah tawar hati cara tu sebab memang berat dah kaki nak buat blind date bagai. Gambar pun aku tak bagi kat sape2 dah. ma pun cakap kalau jodoh kita camne cara pun allah akan hantar laki tu datang rumah kita. Ya, aku pegang kata2 tu sampai terbawa dalam mimpi. Dalam mimpi tu bagitahu suh aku tunggu dan suruh ikut je step yang berlaku dalam hidup dan sabar. Mungkin ni petunjuk Allah. Sebab memang aku dari dulu lagi nak yang jenis serius berani jumpa ma abah dulu, pastu kalau dah sama berkenan. Bawak jumpa ma ayah dia pulak. Kalau semua ok baru boleh kenal2 dah teruskan dengan hubungan HALAL. TU cara yang aku impikan selama nie.

31 mei-

chicken pox baru kering!!

15 Jun -

Raya. Tak da baju2 raya pun sebab badan muka penuh parut😁

23 Jun-

semua adik beradik pulang ke rumah masing masing sebab raya dah habis. Huhu. Kesunyian yang teramat. Terus yakin pasni Allah hadirkan aku seseorang.

8 julai- AHAD

2minggu rasa sunyi. Terus solat minta doa kat Allah. Tapi malam tu duk clear kawan2 facebook yang laki punya. Rasa malas nak simpan kawan2 laki yang aku tak kenal. Baik kawan yang kenal2 je. Selamat sikittt.. Kan..

Duk ralit unfriend kawan laki kat facebook, sorang lelaki ni mesej kat messenger. Bagi tahu nak kenal kenal. Pelik budak ni, datang dari mana tiba2 nak kenal, baru teringat yang laki tu add time bulan puasa, n aku pernah terlintas dia akan jadi suami aku nanti. Tapi tak da la aku berangan pun. Masa nak accept je tercakap, " accept jela dia ni, mana la tau dia jd laki aku nanti"..kikiki

9 Julai- ISNIN

dia minta no. Fon aku. Mudah nak kenal2. Jadi senang je aku bagi. Biasanya jangan harap la senang gitu ngan orang tak kenal. huu

10 jul- SELASA

aku ingat perjalanan kisah ni. Jadi aku tulis setiap tarikh sebelum aku lupa.
Tarikh ni dia tanya pasal aku single ke tak lagi n background lain.

Da bagi hint cakap nak jumpa abah pakai jubah. Pelik.

13 jul- JUMAAT

tanya reti masak ke tak. Mungkin dia cadang nak bukak kedai makan kot. Kekekeeke

14 jul- SABTU
cakap pasal kursus kawin pulak

15 jul- AHAD
saja saja mesej

16 jul- ISNIN
tanya background aku. Dia saja cakap nak datang kenal rumah. Aku iyakan saja.

18 jul- RABU
saja saja. Yang pasti pendek je mesej aku dan dia.

19 jul-KHAMIS
cakap psal kampung

20jul- JUMAAT
tAk mesej pun cuma dia ada hantar pasal zikir je siang hari tu

22 jul- AHAD

just mesej kata kata. Masa tu aku dah fikir mungkin dia dah tak minat nak kawan ngn aku tapi saja2 hantar benda tu.

23 jul- ISNIN

mesej pendek, saje2 je mesej. Tau la bapaknya kerja kL. Dia kat kL ada urusan nak jumpa ayah. Aku kat kedah masa tu saja la nak jalan2 rumah kakak jumpa ali dalam 2 minggu.

27 jul- JUMAAT

haa lama dia diamkan diri. Aku fikir memang dia tak nak kawan betul betul da. Sebab dah 4 hari diam kan. Aku wat bodo jela, rupanya muncul lagi si dia. Masa tu aku kat selangor.

1 ogos- RABU

dia mesej kata2 shj, aku bg emoji best aje.

5 ogos- AHAD

tarikh ni aku ada saja2 letak kat status yang psal kawin2 tu. Geram kat kawan yang suka main2 psl nak nikah. Tak sangka pulak dia datang komen. Ingat dah lesap, aku pulak lupa nak delete nombor dia. Dia komen cakap " nak cari kitab dulu" sebab aku post kat status kalau nak jumpa ma abah kena tau pasal sifat 20😁😎. Padahal tak pun. Saje nak tengok sape berani datang. Dia tanya boleh ke nak datang rumah, aku cakap boleh je. So dia nak decide dulu hari apa nak datang.

Nak kata asbab penyebab nak jadi jodoh, status update wasup aku tu, aku dah buang dah lepas ak taip merapu tu, macam tak sanggup nak bagi orang baca, tapi pelik. Masih lekat di fon dia. Sebab masih boleh reply status tu walaupun aku dah buang awal2. Orang yang suka update status je faham citer ku..

8 ogos- RABU

dia mesej lagi, tanya boleh ke nak datang jumpa abah. Aku bagi je sebab sebelum ni kawan2 laki suka bg ayat tu. Bagi aku ayat tu satu mainan je. So aku tak percaya sangat pun. Cuma balas je cakap boleh. Aku try la cakap kat ma abah bgtahu ada yang nak jumpa ma abah tpi jangan taruh sebarang harapan takut janji palsu je,

9 ogos- KHAMIS

dia betul2 tanya boleh ke tak nak jumpa hari jumaat, ni dah betul2 tak tipu. Macam mimpi pun ada. Bagi peta kat dia. Bagi Jalan paling teruk😜 banyak lembu n mungkin ade tahi lembu sekali.. Kah kah kah..

10 ogos-  JUMAAT

Gabra pulak nak jumpa laki yang entah datang dari mana tiba2 nak bertemu muka. Malu segan. Semua ada. Masa ni tak leh bla aku angkat hidang cempedak dengan karipap letak depan dia. Mujur la tak tergolek kuih2 tu. Rasa seram sejuk je mengadap dia ibarat pegi mengadap YDPA plak. Mengadap Allah 5x sehari pun tak seseram giteewww. Tapi sempat tengok kaki dia je, muka dia tk jelas sangat sebab gabra sangat. Terasa mata pun jadi kabur. Har har.. Tapi perasan macam di ngerling tengok jugak. Yela, kata nak kenal kan.. Hmmm...

Petang tu tak da mesej apa pun dari dia. Aku terfikir la mungkin dia tak suka aku kot. Sebab abah kata aku tak bagus tak lawa. Dia nampak alim pastu ada rupa. Sampai hati abah cakap giteww. Tapi dalam hati aku serah urusan ni kat allah. Kun fayakun. Tu je .. Tak taruh sebarang harapan pun tapi ma abah tu macam membukit la suka kat dia tu. Over pulak siap pikir nak beli lembu sekor untuk kenduri..waduihh , aku tak risau kalau dia tak nak aku, tapi aku risau mak ayah aku kecewa dan termusnah harapan dan impian nak bernantu kan di dia. Bahaya bahaya. Dalam hati aku cakap , aku tak berapa suka pon tak pa janji ma abah suka dan sayang. Tapi dalam diam aku dah terpikat dengan keberanian dia datang sorang sorang jumpa ma abah aku😁😁😁 ingatkan tak de orang seberani macam dia. Dan aku rasa dia orang yang aku cari selama ni. Seorang yang berani, Ramah mesra, bukan katak bawah tempurung macam aku, seorang yang tak gopoh gapah dalam perhubungan sebabnya dia jarang mesej aku. Aku pun tak tahu apa2 pasal dia kecuali keluarga dia.. Huu
Aku memang dah betul betul pasrah dh. Semua aku serah kat Allah. Aku rasa kalau aku jadi dengan dia sebab allah tahu dia terbaik untuk aku. Tak perlu lah aku persoalkan banyak banyak tentang dia, asal kan dia ikhlas terima kekurangan aku.

Okei.. Berbalik pada kisah tadi. Dia tanya aku ma abah aku okey ke tak, aku cakap okey. Aku pun tanya dia, dia cakap ok, dan dia tanya aku ok ke tak.. Ok tak okei.. Tak faham tapi fahamkan jela maksud okey tu. Cakap jela ok memandangkan teringat ma abah berkobar kobar kira lembu katering sisa sisa bagai. Haishhh..
Direstui sangat sangat dah nie.

Pastu dia cakap nak bawak ma ayah dia pula datang rumah aku. Debo plok rase sebab nak jumpa bakal mak mertua. Harapnya baik hati la dan sayang boleh terima aku seadanya.

11 ogos-  sabtu

mesej tanya lagi boleh ke nak bawak jumpa umi abah dia nanti raya. Jadi aku cakap boleh je la. Nk tnya ma abah dulu.

13 ogos - isnin

mesej 2 3 keping je. Sebab dia bertolak ada urusan kat kL katanya.

14 ogos- selasa

cakap bateri henset mati. Aku dan dia memang tak berapa nak mesej sangat. Mungkin baru direstui belah mak ayah aku. Tunggu direstui mak ayah dia pulak la.. Hari ni selasa, rabu depan dah raya loll... Deba woi..

15 ogos- rabu pagi

msj tanya psal abah sakit batu karang.

15 ogos- rabu

malam tu bagi ziiikir untuk isteri la konon konon. Sebenarnya ak masih konpius sapa la dia ni sebenarnya. Dan betul ke dia serius dengan aku? Betul ke mak ayah dia nak datang nanti raya ni? Buntu betul. Malas nak pikir tp pikir jugak. Harapnya Allah rancang yang terbaek la untuk aku..huuuhu .. Bismillahi tawakkaltu a'lallah...

18 ogos -sabtu

Mesej untuk tanya tarikh utk ke rumah bawak mak ayah jalan2 rumah aku.

19 ogos- ahad
Mintak kepastian nak ke rumah jumaat raya ketiga

22 ogos- rabu

Ucap selamat hari raya sepatah. Mintak gambar family dia. Auch. Rasa debar plak nak jumpa mata ngn family dia.

23 ogos khamis

Pukul 1 pagi 24 ogos, mesej pesan kalau nak bertolak ke rumah dia mesej lagi

24 ogos jumaat

Umi abah dan 2 orang adik dia datang tengok aku dan family . Alhamdulillah dua2 family OK. Dia tanya perlu tunang ke macam mana

Masa ni la tengah konflik antara aku dan abah. pelik kenapa abah macam tu. Nak sangat aku kawin ngn dia. Baru je nak pikir tarikh kawin. Aku cakap kat dia nak bagitahu ma dulu.

Dia cadang nak kawin ujung tahun ni. Katanya tak elok lama lama.

25 ogos sabtu

Balas seputung mesej dia. Cakap setuju dengan kata2nya.

26 ogos ahad

Komen kat wasup status sepatah.

27 ogos - isnin

senyap dip! Ma abah dah bising da tanya camne. Deba2 dah aku sebab abah minta no. Fon dia. Adoi. Mintak2 jangan la.

28 ogos- selasa

Entah laaa. Serah segalaNya kepada Ilahi♥

29 ogos- rabu
Tetibe abah macam garang semacam. Mintak no. Dia.  Dalam ma abah marah tak tentu pasal n duk ingat anak dara dia dimalukan lelaki. Sebab senyap tak cakap pape lepas datang risik hari tu, aku cuba bagi alasan dia tengah isitkarah, ingatkan tenang lah jiwa bapak aku tu, tapi makin membara. So aku tukar citer plak, aku cakap laki tu istikarah sebab aku yang suruh. So kemarahan tu berbalik pada aku pulak. Ma abah dah salahkan aku sebab aku ni pandai2 suh istikarah. Adoi serba tak kena. Aku takut abah cakap bukan2 kat dia, so aku bagi no. Fon salah. Huhu

Malam tu tak sedap duduk aku, terpaksa la mulakan dulu mesej dia. Tanya keputusan sebenar dia. Lega bila dia cakap memang nak nikah tahun nie. Allah. Alhamdulillah.

Bagi tahu ma perancangan dia nak bawa cincin dan kain, ma pulak lepas dengar tak tidur malam nak beli cincin tunang untuk dia. Allahu.. Apesal benda yang aku cakap ni menakutkan aku je, semua perbuatan ma abah menakutkan aku je sebab terlampau excited.

30 ogos - khamis

Ma terus g beli cincin kat kedai. N duk tanya aku camne cite. Aku stress gila. Tak tau nak ngadu kat sape, takkan la aku nak terhegeh hegeh pulak ngn si laki nie. Malas nak fikir. Tapi sakit pale bila desakan ma ni tak henti2. Asyik tanya dia bila nak datang. Aku dah mula berserabut dah. Sebab aku tertekan banyak perkara.

31 ogos- jumaat

Ma tanya lagi abah pun sama, bila nak datang. Aku rasa nak melolong je. Tertekan aku.  Sebab aku tak tahu hati laki tu macam mana sebenarnya. Abah ma dah gilakan dia. Abah cakap laki tu boleh jaga aku, boleh bagi teguran dengan baik, sebab aku jenis keras kepala, pastu abah cakap laki tu inshaAlla boleh bagi didikan agama sebaik mungkin pada aku. ceh. yer yer je abah. Penilaian abah pada laki tu sangat teliti.

Bantulah aku ya allah permudahkan segala urusan aku. Amin. Sehari senyap. Semalam senyap hari ni senyap. Huhuhu...

1 sept 2018- sabtu

Dia ucap selamat jalan sbb aku nak ke selangor

2 sept 2018- ahad

Senyap ajo. Aku pon tak call ma abah takut ditanya soalan tu. Fuhh

3 sept 2018- isnin

kusyuk duk ngan bebudak nie.

5 sept 2018 - rabu

Masih diamkan diri tak cakap ape

7 sept 2018 - jumaat

Bila dah rasa tawar hati dan malas berharap, hari nie pukul 11 lebih malam dia mesej aku. Tu pun tanya bila nak balik. Pettu tanya bulan12 banjir ke tak. Tak faham apa yang ada dalam kepala otak dia. Rasanya dia tengah buat perancangan sebaik mungkin. Tu yang aku fikirkan. Fikir baik2 sebab apa yang kita fikir tu dan apa yang kita sangka tu lah allah bagi.

11sept 2018-  selasa

Mesej 2 3 patah komen status gambar taman botani.

12 sept 2018- rabu

Dia bagitahu nak langsung perkahwinan nanti raya cina.

13 sept 2018- khamis

Bincang pasal katering sepatah😂 tak faham i ..hmm

14 sept 2018- jumaat

Hantar image selawat sekeping

15 sept 2018- sabtu

Pagi tu dia mesej hantar info kerja kosong je

16 sept 2018-  ahad

Diam kan diri pulak. Tak kisah dah😑

20 sept 2018-  khamis

Hantar pict subhanallah
N aku wish selamat malam je.

21 sept 2018- jumaat

Hantar selawat sepatah

23 sept - Ahad

Dia komen status wasup ku pasal abah masuk wad

24 sept- isnin

Tanya khabar abah, bagitahu dia duk jeli

30 sept -  Ahad

Komen status nak g mana,

1 okt 2018 - isnin

Tanya nak tunang bila n suh cari tarikh
Tunang

5 okt 2018- jumaat

Mesej bgtahu nak lawat abah.

6 oktober - sabtu

Datang ngan umi dan adik. Mari lawat ziarah abah.

20 .  10.  2018 -  sabtu

Akhirnya kami bertunang. Sesimple yang mungkin. Pakai baju itam yang beli kat mekah. Dulu masa beli baju tu kat sana, ada terlintas juga, baju ni kalau tunang pon aku boleh pakai. Hihi. Alhamdulillah termakbul hajat😂 walaupun hitam suram.

06. 11.2018 khamis

Tipulah kalau sepanjang pertunangan takda sebarang pertelingkahan antara keluarga. Adaa. Tapi kena banyakkan sabarlah. Ingat satu ja, kita hidup tak dapat nak puaskan hati semua orang. Tu aje. Serahkan semua pada Allah.

Hari ni B mesej bagitahu dia dah daftarkan borang nikah. Alhamdulillah. Aku memang saja nak suh laki yang buatkan sebab nak tengok kesungguhan dia dalam nak berbini. Betul ke idok nak berbini ni.. Hmmm... Moga Allah permudahkan urusan kami . Ada lagi sebulan lebih lagi nak kahwin

13. 12. 18 khamis

Tunang mari jalan rumah. Abah makin teruk sakitnya. Entah sempat ke x abah nak tolong akad nikah aku. Rasa macam dah tak sempat. Ya Allah sihatkan tubuh badan abah seperti sediakala.

24. 12. 18 Isnin

Persoalan aku terjawab. Aku sedar kenapa abah berkelakuan pelik dan nak sangat laki tu jadi suami aku, rupanya abah nak aku ada peganti lain sebab abah nak tinggalkan aku. Al fatihah buat abah. abah tak sempat nak akad nikah sendiri anak dia. Impian seorang bapa. aku redha dalam sedih. dari bulan 7 sampai bulan 12 abah selalu sebut nak akad nikah aku sendiri. Tapi tak sempat. Tak semangat nak nikah. tapi hati kena kuat jugak sebab laki tu pilihan abah.. huuu . aku kena hargai pilihan dari abah.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah perkenalan dengan laki tak guna

Blog baru 'i' Sebagai diari moden untuk diriku. Banyak kali buat blog tapi harapnya blog ni boleh kekal sampai anak cucu aku. Nak citer satu kisah . Iaitu kisah perkenalan dengan lelaki untuk dijadikan suami. Tahun 2017 paling ramai lelaki yang aku kenal tapi hanya tiga orang je sangkut tersuka. Tapi yang tersangkut tu la yang akhirnya tinggalkan aku. Yang datang memang suka aku tapi aku reject mentah mentah. Sakitnya tuh di sini.  Makna kat sini aku dah salah memilih orang yang aku suka. Pepatah orang tua yang mengatakan "terima orang yang suka kita bukan kita yang suka orang" langsung aku tak peduli. Yang penting aku suka. Tiga orang jejaka yang datang dalam hidup aku ni ada la sign yang suka aku sebab suka melayan. Akhir tahun 2016, jumpa sorang jejaka ni. Awal2 dah tahu dia seorang doktor. Jumpa kat satu tempat. Rahsia. Dia bersungguh la nak berkawan dengan kita, aku ni terima la untuk berkawan dengan dia sebab fikir sebelum ni dah 2 orang doktor datang nak k...

Tiada persefahaman

cuma inginkan masa terluang bersama tapi aku seperti tidak memahami pekerjaan suamiku atau suamiku tidak faham kehendakku. aku cuma perlu masa  daripada wang ringgit. aku tak pernah minta duit lebih dengan suami aku melainkan minta dia pulang awal ke rumah. apa yang aku ingin beli aku pakai duit sendiri atau sekadar guna duit yg laki bagi seadanya sahaja. tak pernah merungut pasal duit. tapi suami tetap tak faham apa yang aku inginkan. aku perlu seseorang yg dekat dengan aku. kalau laki balik lewat seolah2 tiada waktu untuk aku bermanja. ya aku sedar. aku dilahirkan hanya untuk menyayangi dan beri perhatian pada orang.. bukan disayangi orang. Hana lahir dalam dunia ni terlalu awal untuk aku beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anakku. aku perlu lupa untuk menagih kasih dari insan yg bernama suami. Aku perlu curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada Hana. Hana perlukan aku. pada blog ni lah tempat luahan aku. sepanjang aku kahwin dgn suami. aku bahagia cuma 1. aku ingi...