Skip to main content

Kisah perkenalan dengan laki tak guna

Blog baru 'i'

Sebagai diari moden untuk diriku.

Banyak kali buat blog tapi harapnya blog ni boleh kekal sampai anak cucu aku.

Nak citer satu kisah . Iaitu kisah perkenalan dengan lelaki untuk dijadikan suami.

Tahun 2017 paling ramai lelaki yang aku kenal tapi hanya tiga orang je sangkut tersuka. Tapi yang tersangkut tu la yang akhirnya tinggalkan aku. Yang datang memang suka aku tapi aku reject mentah mentah. Sakitnya tuh di sini.  Makna kat sini aku dah salah memilih orang yang aku suka. Pepatah orang tua yang mengatakan "terima orang yang suka kita bukan kita yang suka orang" langsung aku tak peduli. Yang penting aku suka.

Tiga orang jejaka yang datang dalam hidup aku ni ada la sign yang suka aku sebab suka melayan. Akhir tahun 2016, jumpa sorang jejaka ni. Awal2 dah tahu dia seorang doktor. Jumpa kat satu tempat. Rahsia. Dia bersungguh la nak berkawan dengan kita, aku ni terima la untuk berkawan dengan dia sebab fikir sebelum ni dah 2 orang doktor datang nak kenal aku. Tapi tak da jodoh. Sorang dah berpaling arah kat perempuan lain lepas belajar kat mesir. Masa tu umur aku dalam 20 an gitu la. Lagi sorang time diploma , dia kejar2 mengejar cinta aku. Cewaahh.. Tapi aku pulak yang lari sebab tak nak kat dia. Bukan ape, impian aku nak suami putih pastu tinggi. Tapi dia? Dua2 tak da ciri2 yang aku nak. Gelap pastu rendah. Manis tu ada la sebab ada lesung pipi. Lagi satu dia terlebih mesra alam pulak, takut kita nak kenal2. Yang paling seram bila agama tu kurang. Tak menjaga tingkah laku dengan orang perempuan. Sebab tu aku fikir mungkin jodoh aku dengan doktor kot.

Okey. Nak citer kisah doktor ni. Berapa bulan je kenal, awal2 lagi dia dah kata nak kawin sebab dah umur 33. Aku tak kisah sangat pasal umur. Takda la tua lagi selagi umur tak cecah 35. Tapi masalah kat sini bila kakak dia masuk campur. Katanya tak nak calon adik ipar yang masih belajar dan tak bekerja. Aku redha kan jela. Sentap kot aku masa tu.

Bukan apa, sebab sebelum ni aku pernah dikenalkan sorang laki ni, tok sedare aku la punya kerja, sorang tu cikgu ,tok sedare kenalkan tahun awal tahun 2016 , masih ingat . Sorang lagi tu kerja kilang kenalkan pd 2017 bulan april, Dua2 riject aku sebab TAK KERJA pastu MASIH BELAJAR. Lagi satu mungkin bila tengok gambar aku berjerawat teruk, diorang jadi geli kot nak terima aku masa tu. I is redha.

Aku memang tak sesuai dijodoh dengan pakai gambar. Dan aku memang benci kenal seseorang melalui gambar. Sebab tak pernah menjadi. Personaliti aku yang boleh buat orang suka, bukan pada sekeping gambar. Dan berbalik kisah tadi, lepas pada kisah kakak dia yang tak suka tu, laki tu diam lama dalam 3 bulan, pastu teringin nak stalk facebook kakak dia, aku fikir dia senyap sebab dia sibuk. Doktor katakan.. Hmm. Tapi rasa nak pecah jantung raga aku bila aku tengok kat facebook yang dia dah kawin dengan sorang perempuan, kawan kepada kawan aku sendiri dan rumah perempuan tu dekat dengan rumah aku je. Ujian. Menangis tu nangis lah juga sebab rasa dipermain dan maruah dipijak pijak. Tapi biar lah berlalu macam tu je,

Laki kedua tu, muncul bila aku study kat satu tempat nie, kenal kat situ. Nampak gayaa memang dia selalu ambil berat tentang aku, nak kenal aku dan banyak lagi. Tapi rupanya tak, bila aku guna orang tengah buat2 tanya, rupanya dia tak bersedia lagi untuk nikah. Apa lagi, terus saya stop dari mesej dia. Dia pun satu hal, kalau tak nak nikah buat apa nak mesej kosong dengan aku kan. Simple je kisah dia.

Laki ketiga pulak, tragis. Dah pernah kenal sebelum nie tahun 2015, datang memberi harapan lalu pergi. Tapi kembali datang memberi harapan dan memberi kata kata manisan. Kalah madu lebah. Ingatkan kali kedua datang pd  Julai 2017 ni agak matang lah sikit fikir kehidupan rumahtangga, tapi hampeh jer, datang kecewakan aku buat kali kedua, time 2015 dia pergi aku rasa hilang arah. Rasa kehilangan sebab pernah rapat kan. Januari 2018 dia pergi. Sebab aku dapat tahu dia dah ada aweks yang sekian lama dia bercinta. Sejak 2010 lagi! Aku ni macam dahan patah je. Tunggu masa nak ditinggalkan dan dibuang, sebelum aku ditinggalkan dan dibiar ditipu, aku awal2 lagi berterus terang yang aku dah tahu dia ada perempuan yang dia cintai. Terkezutt dia. Sampai sekarang senyap tak wassup aku. Mungkin malu kot dengan kebodohan dia. Mana tak bodoh nya kalau layan aku macam kekasih dia, konon la nak datang jalan2 nak meminang bagai. Rasa nak hantuk dia n bia dia digilis lori. Jahat. 

Tapi tak pe la, dah tak da jodoh kan. Memang payah nak lupakan. Tapi hairan juga aku yang tak cantik ni Allah bagi peganti kejap je, tinggal aku nak decide nak ke tak nak je. Masa aku frust dengan lelaki ketiga nie, aku ke kedah. Masa tu bulan 1, datang la kawan aku bawa hajat nak bagi calon katanya, aku ni dalam frust tak hilang lagi. Baru berapa minggu kenal tinggal terus je dalam kebodohan dan pergi jumpa laki tu nak tengok orangnya, tapi mengejutkan lagi laki tu terus terima aku. Tu yang aku tak leh terima, dalam aku frust otak aku tak waras. Emosi pon tak stabil. Aku rasa nak cekik je yang nama laki ni. Tak sampai sebulan kenal aku dah bagitahu laki tu aku tak dapat nak teruskan hubungan tu, dia pun diam membisu.

Pastu lama la sampai bulan 4, ada je kengkawan yang nak tunjuk jodoh2 pastu duk cakap ada yang nak kenal2 sebab tengah cari calon nak wat bini tapi aku serabut. Nak abeskan final exam lagi. Camne nak fokus kalau kita kena tipu kat laki bodoh pastu last2 kena tinggal. Sedih weh. Nasibla result aku dua2 dapat B.

Tu la kisah aku dengan lelaki yang aku cuba untuk suka disebab dia datang bawak madu dan dia sepahkan madu tu. Bila kita dah suka dia tinggal. Jahanam.

Aku ingat mungkin ni dosa aku yang pernah reject orang ramai time muda kecik2 dulu. Senang lenang je menolak orang. Zaman sekolah lagi kat MPI, sampai aku pindah MAahad MMP, laki tu datang kacau aku tapi aku tetap reject. Walaupun dia kerja tinggi hebat arkitek lagi, aku dah tak suka dia. Sebab masa kecik dulu dia dah mainkan perasaan aku dengan bercinta senyap2 dengan sepupu aku sendiri. Aku ni apa? Mainan ke? Lepas tau kena tipu memang aku sumpah kat dia. Aku cakap dia takkan bahagia walaupun ada anak bini nanti. Datang dia sampai diploma ijazah, minta maaf sebab rasa berdosa. Nak tebus dosa nak pinang aku. Memang takkan terima la dia,

Ada sorang mamat ni awal2 lagi ushar aku time masuk diploma, tapi aku tak suka dia sebab benda simple je, sebab dia pakai spek hitam. Kiki. So awal2 lagi aku cakap aku taknak kawan, lagi sorang mamat dalam kelas cakap kat aku dia suka aku. Tapi aku tak berkenan sebab dia terlampau tinggi pastu rambut serabai. Pakaian kecik besar je nampak.

Pastu time degree pulak, datang sorang jejaka entah dari mana ikhlas la konon nak kawan ngan aku. Tapi dia banyak menguji aku. Tipu tipu cakap dia orang susah, mengaji tak tinggi. Rupanya aku dapat tau dia mengaji kat mesir. Jahat sungguh. Terus je aku block dia dalam henset. Facebook pon aku block. Nak cakap nak, tak yah uji2. Ingat kita lapar sangat nak pangkat dia.  Tapi tu kisah dulu2 la, yang lain tu dah lupa kisahnya. Sebab kadang aku naik jerawat penuh, masa tu tak da la orang pandang. Ada hikmah allah datangkan jerawat kat aku sebab allah tau aku penat mereject orang. . Har har har

Dan 26 April aku ke mekah,.. Sambungan di entry seterusnya........

Comments

Popular posts from this blog

Tiada persefahaman

cuma inginkan masa terluang bersama tapi aku seperti tidak memahami pekerjaan suamiku atau suamiku tidak faham kehendakku. aku cuma perlu masa  daripada wang ringgit. aku tak pernah minta duit lebih dengan suami aku melainkan minta dia pulang awal ke rumah. apa yang aku ingin beli aku pakai duit sendiri atau sekadar guna duit yg laki bagi seadanya sahaja. tak pernah merungut pasal duit. tapi suami tetap tak faham apa yang aku inginkan. aku perlu seseorang yg dekat dengan aku. kalau laki balik lewat seolah2 tiada waktu untuk aku bermanja. ya aku sedar. aku dilahirkan hanya untuk menyayangi dan beri perhatian pada orang.. bukan disayangi orang. Hana lahir dalam dunia ni terlalu awal untuk aku beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anakku. aku perlu lupa untuk menagih kasih dari insan yg bernama suami. Aku perlu curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada Hana. Hana perlukan aku. pada blog ni lah tempat luahan aku. sepanjang aku kahwin dgn suami. aku bahagia cuma 1. aku ingi...