Skip to main content

Tiada persefahaman

cuma inginkan masa terluang bersama tapi aku seperti tidak memahami pekerjaan suamiku atau suamiku tidak faham kehendakku. aku cuma perlu masa  daripada wang ringgit. aku tak pernah minta duit lebih dengan suami aku melainkan minta dia pulang awal ke rumah. apa yang aku ingin beli aku pakai duit sendiri atau sekadar guna duit yg laki bagi seadanya sahaja. tak pernah merungut pasal duit. tapi suami tetap tak faham apa yang aku inginkan.

aku perlu seseorang yg dekat dengan aku. kalau laki balik lewat seolah2 tiada waktu untuk aku bermanja. ya aku sedar. aku dilahirkan hanya untuk menyayangi dan beri perhatian pada orang.. bukan disayangi orang. Hana lahir dalam dunia ni terlalu awal untuk aku beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anakku. aku perlu lupa untuk menagih kasih dari insan yg bernama suami. Aku perlu curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada Hana. Hana perlukan aku.

pada blog ni lah tempat luahan aku. sepanjang aku kahwin dgn suami. aku bahagia cuma 1. aku inginkan suami pulang awal sebelum maghrib. salahkah permintaan aku tu. tapi sepanjang 8 bulan aku merasa sedihh dan terusan bersedih kerana semakin aku meluahkan rasa hati ni kepada suami. dia tetap tidak memahamiku. menjadikan rumahtangga aku suram tanpa bahagia dalam sanubariku. ya. aku tak pernah bahagia untuk menyambut kepulangan suami balik dari bekerja. dan aku sedih tiap kali suamiku nak kerja sebab aku tak faham kenapa dia kerja sampai malam. berapa gaji bulanan dia sampai kerja ot gitu.. setiap hari aku tertunggu2 kepulangan suami aku pulang dari kerja.mengharapkan batang idung muncul pd siang hari menjelma. mendengar setiap deruan enjin kereta di tepi jalan. mengintai di tirai tingkap. demi Allah aku sayang suamiku tapi hari demi hari rasa cinta aku makin pudar hanya kerana suami yg tak faham kehendak aku. tak silap aku . aku cuma minta 1 perkara tu je. pulang awal kerja. tapi dsh jd macam satu dosa pula. mana masa kerja dari pukul8 sampai pukul 5 petang tu? masa yg ada cuma mbazir begitu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...