Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Tiada persefahaman

cuma inginkan masa terluang bersama tapi aku seperti tidak memahami pekerjaan suamiku atau suamiku tidak faham kehendakku. aku cuma perlu masa  daripada wang ringgit. aku tak pernah minta duit lebih dengan suami aku melainkan minta dia pulang awal ke rumah. apa yang aku ingin beli aku pakai duit sendiri atau sekadar guna duit yg laki bagi seadanya sahaja. tak pernah merungut pasal duit. tapi suami tetap tak faham apa yang aku inginkan. aku perlu seseorang yg dekat dengan aku. kalau laki balik lewat seolah2 tiada waktu untuk aku bermanja. ya aku sedar. aku dilahirkan hanya untuk menyayangi dan beri perhatian pada orang.. bukan disayangi orang. Hana lahir dalam dunia ni terlalu awal untuk aku beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anakku. aku perlu lupa untuk menagih kasih dari insan yg bernama suami. Aku perlu curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada Hana. Hana perlukan aku. pada blog ni lah tempat luahan aku. sepanjang aku kahwin dgn suami. aku bahagia cuma 1. aku ingi...

Pengalaman mengandung anak pertama

aku ni ada simptom pelik waktu mengandung pertama sekali aku tahu aku hamil, aku jadi kuat makan. asyik curi2 ke dapur rumah mertua makan senyap2. pastu asyik menangis 24 jam. suami nak kerja pon nangis. tunggu suami balik pon nangis. meragam je nak keluar jalan2 nak naik kereta. lagi pelik nak keluar berdua je. tak nak ada orang lain ganggu. pastu aku tak suka ke rumah neneknya suami aku. entah apa yang sampuk ak sampai nangis2 dan moody lg kalau aku duk situ lama. sekarang suami dah lama tak bawa balik aku sekali. perangai tu entah la. menyampah plak aku. masuk bulan kedua, bertukar. jadi xnak bau suami. busuk ya amat. ni kalau dia tau mesti terasa. kikiki.. bukan ku pinta jadi sebegini. pastu alahan sampai dua bulan. waktu tu bulan 3 dan bulan 4. boleh minum ais batu dan kurma je. yang lain makan muntah makan muntah.pening2 loya2. pastu mulut berair penuh ngn air liur. allah ! sangat jijik nak telan air liur sendiri. waktu nak masuk bulan 5 plak. aku risau boleh ke aku puasa ramad...

Mama Hana

14 Sept 2019 Sabtu Kelahiran yang mengejutkan. Mama tak sangka Hana nak keluar hari ni. masa hari jumaat tu mama rasa bertenaga untuk masak2, pettu basuh baju, basuh cadar, selimut. Tengah malam pukul 4 pagi mama rasa sakit perut memulas dan sakit belakang. mama kejutkan papa. papa urut belakang mama. tapi mama tetap tak boleh tidur. ingatkan contraction palsu. rupanya tu tanda Hana nak keluar dari perut mama. pagi sabtu mama rasa lesu dan berat mata nak bangun. Mama tak masak dan bersedia nak ke program usahawan bersama papa. pukul8 lebih pagi bertolak sampai program tu pukul 9 .sampai je kat tesco tempat program tu, Hana dah menggelepar dalam perut mama. Nak naik tangga pun mama rasa berat kaki. terasa macam ada sesuatu dia bawah. tapi sempat lagi mama dengar program tu. tapi dalam sejam je mama dah rasa berpeluh2 dan terasa sakit perut. mama rasa macam nak buang air besar tapi tak keluar. masa tu pukul 10 pagi. pukul 10 lebih sikit tu mama terus tak boleh fokus. perut mama memang m...