Skip to main content

Pengalaman mengandung anak pertama

aku ni ada simptom pelik waktu mengandung

pertama sekali aku tahu aku hamil, aku jadi kuat makan. asyik curi2 ke dapur rumah mertua makan senyap2. pastu asyik menangis 24 jam. suami nak kerja pon nangis. tunggu suami balik pon nangis. meragam je nak keluar jalan2 nak naik kereta. lagi pelik nak keluar berdua je. tak nak ada orang lain ganggu. pastu aku tak suka ke rumah neneknya suami aku. entah apa yang sampuk ak sampai nangis2 dan moody lg kalau aku duk situ lama. sekarang suami dah lama tak bawa balik aku sekali. perangai tu entah la. menyampah plak aku.

masuk bulan kedua, bertukar. jadi xnak bau suami. busuk ya amat. ni kalau dia tau mesti terasa. kikiki.. bukan ku pinta jadi sebegini. pastu alahan sampai dua bulan. waktu tu bulan 3 dan bulan 4. boleh minum ais batu dan kurma je. yang lain makan muntah makan muntah.pening2 loya2. pastu mulut berair penuh ngn air liur. allah ! sangat jijik nak telan air liur sendiri. waktu nak masuk bulan 5 plak. aku risau boleh ke aku puasa ramadhan penuh. tawakkal jela sebab malas nak ganti puasa. lembek tak yah cakap la. tapi alhamdulillah aku berjaya juga puasa penuh dan fasa mabuk pening aku dah hilang. aku segan la juga duk umah mertua sebab aku tak boleh masuk dapur waktu tu. bau bawang pon aku nak muntah. nasi tak leh telan. bau masak nasi pon pening. bau orang menumis plak rasa nak cekik je orang yang masak tu. mujur mertua memahami la juga sebab tolong masakkan kuew tiow untuk aku.

masuk bulan 6 plak. sekali lagi aku diuji dengan denggi. aduhai. lagi sebak suami aku pon kena sekali. aedes ni ada kat kampung mak aku. tak memasal la aku masuk spital seminggu plus duk CCU lg. cerita bab CCU plak memang menakut dan menyeramkan aku. masa tu la tahap down aku menjunam jatuh. seminggu duk situ 34 suntikan jarum kat lengan n tangan aku, 20 beg air didrip di lenganku. wayar kiri kanan dipakainya. setiap saat nafasku dia kira, setiap titis air kencingku dia ukur. setiap gerak geriku nurse doktor pantau. kena masuk wayar kencing yang agak menyeksakan aku. nak buang air besar pon aku rasa tak selesa sebab kena pakai pampers. tiap kali nak buang air besar aku curi2 buang wayar yang berselirat tu dan ke tandas. kena marah kat doktor. kikiki..

aku jadi khayal sepanjang duk CCU. lupa aku bawa kandungan. waktu tu kandungan masuk 4bulan. 16minggu la kan. dah xfikir kat baby dah sebab agak lembek nak makan minum xselera. masa tu down sebab suami pon sakit rehat kat rumah, mak kat mekah, adik beradik semua jauh. aku seakan keseorangan.

selain tu, masuk je kandungan 7 bulan. datang lagi perangai pelik aku. asyik nak suami berkepit je ngn aku. suami aku kerja balil rumah lewat. boleh dikatakan setiap hari aku merajuk. moody. nak marah je. tapi tu lah. suami tak faham perangai ibu mengandung. dikatakan pulak kat aku ni asyik marah moody merajuk. aku cuma nak dia fahami aku yang kesakitan mengandungkan anak dia. tapi alhamdulillah la dia banyak urut aku waktu malam.

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...

Berita gembira

Ahamdulillah, 2.2.2019 aku selamat ijab qabul berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang. 5.2.2019 ngantar sebelah lelaki. 21 Mac 2019 ( khamis) 2 hari sebelum nie, aku ke klinik kesihatan Pasir Mas dan alhamdulillah aku disahkan positif hamil anak sulong. Tak terbayang nak dapat anak awal sebelum ni. sebab aku kahwin pon aku masih terasa dalam mimpi. Betul ke tak ak dah kahwin. Niat aku lepas kawin aku nak ada kerja dulu. Pstu nak cinta cintun dulu ngn suami yang sebelum ni aku langsung tak kenal. Tak sangka dah ada isi dalam perut. Belum kenal suami aku macam mana, aku masih segan silu dengan suamiku, tapi terus lekat. Terkejut, terkesima, gembira. Semua ada. Walau apa pun aku sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 5minggu 4 hari usia kandungan aku. Sangat baru. Aku masih kekok untuk menyesuaikan diri dalam rumah mertua. Tiba2 allah uji aku dengan kehadiran bayi dalam perut. Agak serba salah aku dibuatnya. Hari2 aku menangis rindukan rumah ma, sekarang buk...