Skip to main content

Mama Hana

14 Sept 2019 Sabtu

Kelahiran yang mengejutkan. Mama tak sangka Hana nak keluar hari ni. masa hari jumaat tu mama rasa bertenaga untuk masak2, pettu basuh baju, basuh cadar, selimut. Tengah malam pukul 4 pagi mama rasa sakit perut memulas dan sakit belakang. mama kejutkan papa. papa urut belakang mama. tapi mama tetap tak boleh tidur. ingatkan contraction palsu. rupanya tu tanda Hana nak keluar dari perut mama. pagi sabtu mama rasa lesu dan berat mata nak bangun. Mama tak masak dan bersedia nak ke program usahawan bersama papa. pukul8 lebih pagi bertolak sampai program tu pukul 9 .sampai je kat tesco tempat program tu, Hana dah menggelepar dalam perut mama. Nak naik tangga pun mama rasa berat kaki. terasa macam ada sesuatu dia bawah. tapi sempat lagi mama dengar program tu. tapi dalam sejam je mama dah rasa berpeluh2 dan terasa sakit perut. mama rasa macam nak buang air besar tapi tak keluar. masa tu pukul 10 pagi. pukul 10 lebih sikit tu mama terus tak boleh fokus. perut mama memang memulas sangat2. mama ajak papa keluar dari tempat tu. nak berehat di rumah. tp sampai ja rumah pasir pekan, mama dah tak tahan sangat. mama rasa dah nak terberanak.

Dalam pukul hampir pukul11 pagi, mama sampai di hospital kb. Mama terus masuk bilik bersalin untul cek. Nurse suruh mama timbang badan tapi mama rasa nak pitam waktu tu sebab rasa macam betul2 semput nafas.Nurse suruh duduk baring atas katil. Rupanya jalan dah terbuka 8cm. Doktor tak sempat nak cek penyebab mama sakit perut. terus nampak kepala dan rambut Hana. Mama ditolak ke depan bilik tempat sambut beranak. Masa tu mama sempat kerling jam dinding. pukul 11.05 minit pagi. Mama terus teran Hana. 5 6 kali teran. terus keluar Hana. Mama dengar suara Hana menangis. Terasa hiba.  Tak sangka mama dah bergelar seorang ibu.

15 Sept 2019 AHAD

Hana ditahan wad NICU sebab berat timbangan tidak mencukupi. Mama masih bertenaga untuk jenguk Hana.

16 SEPT 2019 ISNIN

Rasa sedih sebab Mama boleh balik rumah tapi Hana still kena tinggal di NICU.

17 SEPT SELASA

Mama jenguk Hana dengan Papa. Bawa stok susu untuk Hana. walaupun sedikit tapi tetap bawa untuk Hana.

18 Sept 2019 RABU

Mama rasa down sebab berpantang keseorangan tanpa Hana. Rasa pedih jiwa tak siapa pun tahu. Hanya Allah yang rasa hati ini. Mama penat letih sakit badan bengkak susu, tak larat nak jenguk Hana tapi tetap juga melangkah ke hospital. mama papa kental hadapi dugaan ini. Demi Hana!! mama dan papa korbankan semata mata untuk Hana

Nurse call suruh datang bawa susu ibu. dan beritahu Hana akan pindah ke wad SCN wad 2. disitu keadaan Hana dikira stabil. Alhamdulillah mama ucap dalam hati.

Perkembangan Hana hari ni

-boleh menangis, kuat sungguh si hana tolak kaki dia sampai kepala tertolak ke depan. mama doakan supaya Hana sihat dan boleh balik rumah cepat2.. mama nak Hana teman mama supaya mama tak sunyi.

19 Sept 2019 Khamis

seperti biasa mama papa jenguk Hana. mama mengurut dulu sebelum ke hospital.  struggle lah mama pam susu untuk Hana. walaupun susu tak keluar sangat. tapi mama tetap saBar pam juga susu tu. 5 bekas dengan kuantiti sedikit. moga Allah cukupkan susu tu untuk Hana. Aaaamiinn.

Hari ni Hana duk luar dari inkubator. mama papa boleh angkat dan dukung Hana. mama pertama kali boleh cium Hana. papa pun sama.

20 Sept 2019 Jumaat

Hana duk dalam inkubator lagi sebab doktor cakap Suhu Hana tak sesuai berada di luar.

Hari ni doktor kata nafas Hana laju. Perlu pakai oksigen dan duduk dalam inkubator.
mama tak tahan dengan risau kat Hana. kecundang lalu menangis sampai ke malam. lagi satu perkara yang paling mama risau berat Hana turun. Dari 1.5kg kpd 1.41 kg.

21 Sept 2019 Sabtu

Macam biasa hantar susu kat Hana.

12Hari bersama Hana di SCN. banyak pengalaman yang mama dapat sepanjang jaga Hana. Perit mama hanya Allah yang tau. Ya Allah sihatkanlah tubuh badan Hana. Jauhkanlah dia dari sebarang jangkitan kuman dan penyakit berbahaya. Aaaminn...

22 Sept , Ahad

hari ni Hana nampak agak stabil sebab dah buang wayar oksigen kat hidung. Mama lega. mama salin pampers Hana dengan Papa. bagi Hana minum susu. tapi risau sebab Hana muntah2. Tanya doktor, doktor kata sebab sukatan terlebih.

berita Happy, hana dah naik timBngan dari 1.41 kg kepada 1.49 kg.

23 Sept, Isnin

Hari ni mama sedikit risau sebab lepas bagi susu kat Hana, hana muntah dengan banyaknya. tak tau apa sebab. Nurse kata sebab baby tak boleh terima susu tepung.

mama doakan biar Hana tak da penyakit yang tidak diingini. aamiinnn.

13 Okt 2019 Ahad

Akhirnya Hana dah boleh balik. yeahhh.. sambung berpantang di rumah Tok ma. hari yang ke 30.

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...

Berita gembira

Ahamdulillah, 2.2.2019 aku selamat ijab qabul berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang. 5.2.2019 ngantar sebelah lelaki. 21 Mac 2019 ( khamis) 2 hari sebelum nie, aku ke klinik kesihatan Pasir Mas dan alhamdulillah aku disahkan positif hamil anak sulong. Tak terbayang nak dapat anak awal sebelum ni. sebab aku kahwin pon aku masih terasa dalam mimpi. Betul ke tak ak dah kahwin. Niat aku lepas kawin aku nak ada kerja dulu. Pstu nak cinta cintun dulu ngn suami yang sebelum ni aku langsung tak kenal. Tak sangka dah ada isi dalam perut. Belum kenal suami aku macam mana, aku masih segan silu dengan suamiku, tapi terus lekat. Terkejut, terkesima, gembira. Semua ada. Walau apa pun aku sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 5minggu 4 hari usia kandungan aku. Sangat baru. Aku masih kekok untuk menyesuaikan diri dalam rumah mertua. Tiba2 allah uji aku dengan kehadiran bayi dalam perut. Agak serba salah aku dibuatnya. Hari2 aku menangis rindukan rumah ma, sekarang buk...