Skip to main content

Posts

pengalaman mengandung anak ke dua

Alkisah nya dah 6 bulan cuba utk rancang anak kedua, kali ni last haid mase bulan puasa hari tu, 17/4/2021. dah tak mengharap sangat masa nie, tapi tetap cek upt hari2 sampai topup upt baru beli dalam shopeee.. har har har.. minggu pertama cek, hampa! negatif. minggu kedua cek masih lagi negatif, minggu ketiga cek, naik samar.masuk bulan 5 dah kira sebulan tak datang bulan, abis bulan 5 tu , semangat cek lagi sebab rasa macam kuat sgt makan ngn laki. dia makan i makan. stress makan sampai pukul 3 pagi.simptom ibu mengandung.  bila cek pulak, masa tu dah naik 2 line terang. say alhamdulillah allah makbulkan doa nak bagi anak kedua. duk makan2 last berselera masa makan soto ape tah tu lupa nama, kali kedua buat dh rasa loya sampai terbayang pun rasa nak muntah, start hari tu seleraku dah kurang. loya dah datang, rasa mual setiap saat, muntah pagi malam.  hukhuk. serik plak nak beranak ramai. ha ha ha. masa ni lah rasa tak nak hadap benda ni kan. tapi tetap kena hadap. makan sa...

Luahan hati aku

Hari ni malam raya. Aku sangat terasa hati dengan suami sebab dia banyak tolong family dia tapi bila aku minta tolong dia buat tak tahu ja. Aku kan bawah tanggungan dia juga. Tanggungjawab dia juga. Salahkah aku nak minta tolong dari suami sendiri. Ya Allah sedihh!!! Aku byk minta tolong dia urus rumahtangga tapi dia tunggu aku merajuk dulu baru dia nak tolong aku. Bukan seikhlas hati dia. Tapi bila dgn family dia laju pula dia tolong. Hari ni aku merajuk tapi seolah tidak dipedulikan lagi. Malahh dikatakan pero syaitan pulak. Aku kalau suami gaduh dengan aku maknanya aku dah takda sape2 lagi selain Hana. Ya Allah aku dah rasa betul2 nak berpisah dengan suami aku ya Allahh...

Doa utk aku

Berikan fadhlin sakina yusof dan suaminya kesihatan yg baik, kehidupan yg dirahmati Allah. Mati hari jumaat dihapus sgala dosa lampau. dan dimudahkan Mati..  kurniakanlah kesihatan yg baik utk ibu, adik beradik, anak fadhlin sakina yg bnama Nur hana Bashira bt Muhammad Baihaqi. Jauhkanlah dia dr sakit bahaya pyakit bjangkit jgkitan kuman dan sbrg pyakit.. smoga nur hana bashira mbesar dgn sihat walafiat. panjangkanlah umur anak FSY tnpa sbrg penyakit bbahaya dan penyakit demam dan lain2. Ya Allah kau kurniakanlah fadhlin sakina rezeki kerja yg bagus. murahkanlah rezeki fsy sekeluarga. jauhkan dr khidupan papa kedana. permudahkanlah urusan fadhlin sakina dan suami dlm hal bisnes supaya bisnes laku dan sentiasa maju dan berjaya. kau murahkanlah rezeki suami FSY dan FSY utk menampung kehidupan dgn lebih selesa. kau jauhkanlah hati fadhlin sakina yusof dr segala keresahan hati, kesedihan hati, kerisauan dan kesusahan jiwa. Ya Allah kau bukakan pintu hati mertua fadhlin sakina yusof ...

Tiada persefahaman

cuma inginkan masa terluang bersama tapi aku seperti tidak memahami pekerjaan suamiku atau suamiku tidak faham kehendakku. aku cuma perlu masa  daripada wang ringgit. aku tak pernah minta duit lebih dengan suami aku melainkan minta dia pulang awal ke rumah. apa yang aku ingin beli aku pakai duit sendiri atau sekadar guna duit yg laki bagi seadanya sahaja. tak pernah merungut pasal duit. tapi suami tetap tak faham apa yang aku inginkan. aku perlu seseorang yg dekat dengan aku. kalau laki balik lewat seolah2 tiada waktu untuk aku bermanja. ya aku sedar. aku dilahirkan hanya untuk menyayangi dan beri perhatian pada orang.. bukan disayangi orang. Hana lahir dalam dunia ni terlalu awal untuk aku beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anakku. aku perlu lupa untuk menagih kasih dari insan yg bernama suami. Aku perlu curahkan sepenuh kasih sayang aku kepada Hana. Hana perlukan aku. pada blog ni lah tempat luahan aku. sepanjang aku kahwin dgn suami. aku bahagia cuma 1. aku ingi...

Pengalaman mengandung anak pertama

aku ni ada simptom pelik waktu mengandung pertama sekali aku tahu aku hamil, aku jadi kuat makan. asyik curi2 ke dapur rumah mertua makan senyap2. pastu asyik menangis 24 jam. suami nak kerja pon nangis. tunggu suami balik pon nangis. meragam je nak keluar jalan2 nak naik kereta. lagi pelik nak keluar berdua je. tak nak ada orang lain ganggu. pastu aku tak suka ke rumah neneknya suami aku. entah apa yang sampuk ak sampai nangis2 dan moody lg kalau aku duk situ lama. sekarang suami dah lama tak bawa balik aku sekali. perangai tu entah la. menyampah plak aku. masuk bulan kedua, bertukar. jadi xnak bau suami. busuk ya amat. ni kalau dia tau mesti terasa. kikiki.. bukan ku pinta jadi sebegini. pastu alahan sampai dua bulan. waktu tu bulan 3 dan bulan 4. boleh minum ais batu dan kurma je. yang lain makan muntah makan muntah.pening2 loya2. pastu mulut berair penuh ngn air liur. allah ! sangat jijik nak telan air liur sendiri. waktu nak masuk bulan 5 plak. aku risau boleh ke aku puasa ramad...

Mama Hana

14 Sept 2019 Sabtu Kelahiran yang mengejutkan. Mama tak sangka Hana nak keluar hari ni. masa hari jumaat tu mama rasa bertenaga untuk masak2, pettu basuh baju, basuh cadar, selimut. Tengah malam pukul 4 pagi mama rasa sakit perut memulas dan sakit belakang. mama kejutkan papa. papa urut belakang mama. tapi mama tetap tak boleh tidur. ingatkan contraction palsu. rupanya tu tanda Hana nak keluar dari perut mama. pagi sabtu mama rasa lesu dan berat mata nak bangun. Mama tak masak dan bersedia nak ke program usahawan bersama papa. pukul8 lebih pagi bertolak sampai program tu pukul 9 .sampai je kat tesco tempat program tu, Hana dah menggelepar dalam perut mama. Nak naik tangga pun mama rasa berat kaki. terasa macam ada sesuatu dia bawah. tapi sempat lagi mama dengar program tu. tapi dalam sejam je mama dah rasa berpeluh2 dan terasa sakit perut. mama rasa macam nak buang air besar tapi tak keluar. masa tu pukul 10 pagi. pukul 10 lebih sikit tu mama terus tak boleh fokus. perut mama memang m...